Bertarikh 7hb August aku dan rakan2 MTB melayan trek Perwaja walaupun jumlah riders kali ni tak berapa ramai iaitu sebanyak 15 riders termasuk 5 riders dari Perwaja MTB selaku tuan rumah.
Antara riders yang hadir untuk kayuhan kali ini:
Perwaja MTB - Halim,Yusri,Amir,Badri dan Fendi
Gerek Kulim - Mat Nizam,Naset,PakSu dan Chaon (Planner kayuhan hari ini).
KS Cycle - Bro Arip,Bro Jefri dan Bro Jamil
Gerek Bukit -Romdzi (aku),Nazir dan Cikgu Din
Kayuhan kali ini bermula pada pukul 0800am dan berakhir pada 1100am.
Menurut Saudara Halim ada 3 bukit lagi yang tak sempat diterjah disebabkan kelewatan dan hujan yang turun sewaktu kayuhan berlangsung.
Apa2 pun kayuhan kali ini kepuasannya seperti kebiasaan memang puas hati.
Terima Kasih banyak2 kepada Brother Halim selaku lead rider dan rakan2 yang menyertai kayuhan hari ini.
Layan saja beberapa gambar yang sempat di snap oleh Chaon dan aku sepanjang kayuhan ini berlangsung.
Layan saja beberapa gambar yang sempat di snap oleh Chaon dan aku sepanjang kayuhan ini berlangsung.
Starting point di hadapan kantin Perwaja...berlatarbelakangkan G Jerai..
permulaan off road
Cha'on,Nazir dan sweeper dr perwaja team tunggu rider yg di belakang..dikhabarkan ada rider yg terjatuh masa downhill...
No comments:
Post a Comment