Sunday, August 1, 2010

Nibong Tebal Mountain Bike Adventure 2010

Ahad 1 Ogos 2010,Jan Korn,Nazir,Rizal Merida dan aku telah menyertai NTMBA10 yang berlangsung di USM Transkrian.Sehari-dua sebelum event ni berlangsung aku sibuk menguruskan hal-hal kelahiran anak ke3 aku.Alhamdulillah isteriku selamat melahirkan anak lelaki pada 30 Julai 2010 pada 20:40malam.Keesokannya ketika para peserta NTMBA10 sibuk dok ambik goodies di USM Transkrian aku pula sibuk dok ambik wife dan anak balik dari hospital.Malam tu juga aku jumpa Jan Korn ambik goodies dan set untuk joint jamboree yang dianjurkan geng 3G ni.
Seawal jam 05:35am kami bertolak dari Taman Mutiara menuju tempat event ikut jalan Junjung dan Sg Bakap.Sampai di area Transkrian pada 06:32am, singgah di masjid bersebelahan USM Kampus Engineering untuk bersolat subuh terlebih dahulu.Ramai juga riders yang singgah kat situ,Alhamdulillah perkara wajib tak pernah dilupakan oleh rider-rider muslim.Selesai solat terus tukar pakaian untuk berkayuh dan parking di dlm kawasan kampus.Disebabkan kami sampai dalam pukul 7.00pg maka dah ramai peserta kat starting point.Aku,Jan Korn dan Nazir bermula dari belakang,masa ni Rizal dah hilang dari pandangan tersesat dalam lautan 1600 riders agaknya.
Sebaik sahaja pelepasan berpusu-pusu rider meluru cuba untuk menjarakkan diri antara satu sama lain.Masuk saja jalan mini tar kat area Bandar Baharu kalau tak silap aku lah..dah ada acara menyorong basikal beramai-ramai bukan tak boleh kayuh tapi disebabkan terlalu sesak.Laluan offroad memang layan, waktu mendaki bukit yang pertama abg Yusof Transformers rider Bukit Botak memintas aku diikuti oleh Bro Ariff dari Permatang Pauh, geng-geng aku tak nampak batang hidung lagi.Masuk pendakian bukit yang ke 2 baru la jumpa Nazir, waktu nak downhill bukit tu pula jumpa dengan Mokhtar KHT pula ,mengalami kejang otot katanya.Lepas downhill dan keluar ke jalan utama menuju bukit 300,dilaluan yang bertentangan 1st dan 2nd rider sedang kejar-mengejar antara satu sama lain diiringi oleh anggota trafik.Dua-dua rider tu dari team Le-Tua,fuhh aku belum pun daki bukit 300 peserta yang paling depan dah tinggal 7-8 km lagi nak tamat,kuat betul depa ni...awal pendakian Bkt 300 aku terasa kaki sebelah kanan sakit2 di bahagian betis...ahhhhhh mengkarung dok gigit kaki aku pula dah,berenti dalam 5 minit untuk mengurangkan kesakitan dan meneruskan perjalanan bila dah rasa sedikit ok.Ramai juga riders yang sampai terbaring diatas jalan akibat digigit mengkarung di Bkt 300 ni...banyak betul mengkarung kat Bkt 300 ni.Downhill kat sini x payah cakap la,sedikit berbahaya...ada bahagian-bahagian tertentu yang aku turun tolak....x confident beb...ada satu mamat tu chinese rider jatuh sampai terkeluar tayar belakang gerek dia...memang ganas, habis calar balar badan dia dan merintih kesakitan nasib baik rider kat belakang dia sempat brek,kalau tidak satu kali lagi kasi hantam sama dia....basikal rider malang tu dialihkan dan selepas dipastikan rider tu tak apa-apa maka perjalanan aku diteruskan lagi.Keluar dari Bkt 300 tadi terasa lega terus selepas disahkan oleh krew yang bertugas selebihnya jalan landai sahaja...sampai kat check point terakhir tinggal lagi 6km saja lagi...lagi 1km nak sampai ke garisan penamat mengkarung gigit kaki aku yang kat sebelah kiri pulak dah....hampehh betul...kali ni aku ambik masa yang agak lama untuk recover lebih kurang 15 minit...dah rasa sedikit ok kayuhan diteruskan dan aku berjaya menamatkan misi di tempat ke 519...masih dalam target lagi... Fendi ke 118,Nazir di kedudukan 442 dan yang paling mengejutkan Jan korn yang mengalami kepatahan....di ulangi kepatahan RDnya menamatkan kayuhan di kedudukan 464...well done to all...Rizal sedikit terlewat...tapi masih beroleh medal saguhati.....Tahniah...tahniah dan tahniah lagi sekali pada semua yang terlibat.


Singgah utk solat subuh..

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..

USM Transkrian

Jan Korn bersiap sedia...

Nazir....dah pakai kereta baru pula...


Antara gambar2 aku yg di snap oleh Bro Adiharriman
Bro Yusof dan Bro Jamil di sebelah kiri...aku paling kanan..

Bro Jamil,Bro Arip dan aku..
rider 973...wakil Gerek Bukit...hahahaaaa

Mokhtar KHT...duduk bersila dgn jersy celcomnya..


MiziKht....antara yang sampai awal..

Nizam Celcom dan Pon Hawk...

para peserta berehat setelah tamat kayuhan.


RD milik Jan Korn yang patah...

Jan Korn menunjukkan kecederaan yang dialami oleh kuda hitamnya..

Yen...menang cabutan bertuah no7 frame sinic...tahniah!!!

No comments:

Post a Comment