Friday, September 17, 2010

Pecah Lemak di Cherok To'kun

Hari ini 17 Sep 2010 aku memulakan edisi Pecah Lemak aku yang tersendiri dengan memanjat Bukit To'kun.Setelah berehat panjang sepanjang sebulan lamanya bersempena ramadan yang lepas,hari ini bersamaan 7 Syawal aku bertungkus lumus berseorangan tanpa teman2 Gerek Bukit yg lain untuk menawan puncak pencawang To'kun.Cuti yang panjang membuatkan aku separuh mati bertarung dengan keletihan dan kepayahan....fuhhhh hampir-hampir aku menamatkan kayuhan sekadar di tapak senaman....namun semangat yang berbaki menyebabkan aku meneruskan juga kayuhan hingga menara...yess aku boleh ....Malaysia bolehhhh...
Hari ni aku tiba awal di Cheruk To'kun.Jam 7:50am tayar golek(kick start) menuju destinasi.Waktu awal pendakian aku berselisih dgn 2 org Chinese rider yg menikmati reward downhill (perghhh lagi awal diorang nii..)...selepas itu hanya aku seorang yg berjuang hingga ke pencawang...hiker-hiker yg menapak macam biasalah ramainya...selepas 57minit aku berjaya menawan puncak(not bad since long vacation from cycle) and still non stop till the top...hahaha..masa downhill turun barulah aku berselisih dengan 4 org rider Melayu sedang memecahkan lemak masing-masing dgn mendaki ke puncak ...salah seorang dari brother itu sempat memberi salam kpd aku...aku berenti sekejap kat tapak senaman untuk mengambil sekeping dua gambar sebagai bukti kehadiran aku seperti yang kat bawah ni...

Waktu baru sampai...

Pak Leh Boleh!!! Malaysia Boleh!!!

gambar-gambar bukti ketibaan aku....




my red machine....loyal to me since 2002..

Singgah sekejap di tapak senaman waktu downhill balik...

Taman Air Cherok To'kun....


ready to go back to Kulim....

No comments:

Post a Comment