Sunday, July 25, 2010

Cabaran Bukit Botak @ Bukit Rimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni 25 Julai 2010, aku dan rakan-rakan yang berjumlah 19 orang pengayuh tegar dan ketegaq telah menjayakan misi mendaki Bukit Botak @ Bukit Rimau di Sg Ular.Kayuhan hari ni di ketuai oleh saudara Cha'on dgn bantuan seorang Sherpa penunjuk arah(nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu),kayuhan hari ini desertai oleh Jan Korn,Nazir,Mie Tengas,Mat Hanif,Wady dan aku dari Gerek Bukit,Cha'on,D'one,Mat Nizam,Nasir,Amer dan Syahrul mewakili Gerek Kulim,Odd dari team Cap Ayam,Mizivenzo mewakili GengBasikal@Kulim,Mat Ariff,Bro Jefri dan seorang lagi rakannya (sori lupa tanya nama) dari Permatang Pauh dan tak lupa juga Bro Sherpa yang banyak berjasa dan berkorban untuk menjayakan ride hari ni...
Hari ni aku dgn Mat Jan start dari Taman Mutiara, member-member yang lain mula dari Petronas Kota Kenari dan JPJ Kulim.Kami berdua singgah Showa Denko terlebih dahulu sebab tunggu Nazir keluar kerja pukul 8 pg.Dari Showa kami bertiga ride pula ke tempat berkumpul di gerai kelapa sawit Sg Ular sempat la juga pekena air segelas...yang dah lama sampai tu dah habis kena roti canai sorang sekeping.


Mat Jan baru keluar dari rumah...dok bersiap-siap

Nazir dan Wadi yang dah lama tak kayuh...4 bulan dah kot...satgi hang mesti dapat habuan ni...

Mie Tengas dan Mat Hanif

Abe @ Wan Rosman teringin nak joint...tapi....

Menunggu peloton yang di belakang..

Koko Odd dengan aksinya snap gambar rider kat belakang..

Mizivenzo GengBasikal@Kulim tak bawa geng pun???

Nazir dan Wadi bersaing waktu downhill layan beb..
Sesi menunggu peserta yang dibelakang khabarnya ada yang muntah-muntah...

pemandangan Kulim town dari atas.

Nazir in action..

alamak...depa dah sampai kat atas tu...jauh lagi ni.


Mat Hanif...kat belakang..

Jan Korn dan Wadi di seberang sana...sedang berhempas pulas

lagi view menarik dari atas..

Mat Hanif keletihan..."mental betul" katanya

Mizivenzo menyusul di belakang

awat stop pula Mizi??

Peserta yang sampai awal..

barisan penakluk Bukit Botak pada hari ini..


well done to all...

view kawasan perindustrian Hi-Tech dari puncak bukit.


tiba-tiba saja Wadi digigit oleh binatang Mengkarung...tu la berenti kayuh lama sangat

pemandangan dari puncak paling tinggi sebelum down hill all the way...reward yg berbaloi..


singgah minum sambil borak-borak dan bergurau senda












No comments:

Post a Comment