Monday, March 15, 2010

RUN10.

Ahad 14/03/2010 event yang ditunggu-tunggu oleh semua riders RUN10 telah berlansung.Kali ini Gerek Bukit menghantar 14orang wakil untuk berkayuh di Ulu Pauh.Bagi Showa team pula di wakili oleh 7 orang riders.Kami bertolak dgn Bas Zakaria @ Pak Ya pada pukul 10 malam menuju Kodiang kampung halaman Abg Brahim dan Zack GB (President).Singgah untuk R&R di Gurun dan tiba di Kg Siputeh lebih kurang jam 1.00pagi.Kami bermalam di rumah ibu Abg Brahim dan Zack....terima kasih atas layanan tuan rumah...lain kali boleh mai lagi.
Bertolak dari Kodiang ke Pauh pada jam 6:40pg dan tiba lebih kurang jam 7.05pg.Unload basikal dari bas dan terus menuju ke tempat starting.Acara pelepasan dilakukan oleh YM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizudin.
Aku berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 47km pada jam 10:45am di kedudukan 354....puas hati kerana aku berjaya mencapai target untuk kedudukan dibawah 400...well done.Bagi lain-lain wakil yang gagal menamatkan kayuhan hanyalah Ismail yang sampai kat check point 2 selepas cut off time dan juga Cikgu Shaharudin yang mengalami masalah pancit tayar 2 kali...lain kali cuba lagi...InsyaAllah.Layanzzz gambar2 yang sempat aku snap sebelum,semasa dan selepas RUN10 berlangsung.
Pengangkutan Untuk RUN10.

Ismail Hasan bersedia untuk jamboree pertama beliau.

Cha'on wakil Gerek Kulim.

Cikgu Shaharudin dan Mr President(Zack).

Tok Ayah Gerek Bukit(Bro Brahim) dan Ismail berposing di tepi pengangkutan rasmi RUN10.
Align Center
Riders from SHDM from left Nazir,Hanif,Cha'on,Mie Tengas,Ismail and friends.

Suasana dalam bas.


Cha'on 1st time pi jamboree naik bas...pengalaman baru.

Pak Ya(Bas Pilot) dan Hanif menikmati hidangan yang disediakan oleh Bro Brahim thanks bro...

Zack dan Mat Zeli.

Razi KHT Bikers

Ismail dan Cha'on.

Nazir dan Jan Korn..

Bro Brahim and family.....

Rider harapan GK dan GB....
Kat bawah ni gambar-gambar yang sempat di ambil sewaktu tiba di Kg Siputeh,Kodiang.Suasana kampung yang tenteram pada waktu malam..

Berehat-rehat kat atas pangkin bawah rumah....best ooo...
Cha'on dan Nazir...kena tunduk nak masuk bawah rumah hehe...

antara gambar yg sempat aku snap waktu sampai kat ladang Chuping.

rider-rider kat belakang aku...panas dah terasa walaupun baru pukul 8.00am.

Antara peserta yang sampai awal Mizi dan Mat....

Abdul Hanif....

dengan medalnya...

Mie Tengas sampai kat finishing point....ambil medal dari awek cun..

Puas hati jadi antara 720 peserta yang sampai awal...well done no 512 kot kalau x silap aku..

Mie Tengas,aku dan Ismail...

Cha'on dan Mail...memang rapat di RUN10 ni...

Last but not least, i would like to say well done to organizer RUN10 because the event are the best ever MTB Jamboree since i start joining jamboree a past 6 years ago....good job and keep it up.For all my MTB friends well done too cause finished the RUN10 without any unwanted tragedy....except for Mail dan Cikgu Din...try again next time...there are more event will coming ahead..get ready.Lastly some data from my Velo 8 Cat Eye.
Distance :47.2km
Average :14.6kmh
Time :3 hours 12minute 32sec.
Calories :6108kcal.

See again in my next report...

No comments:

Post a Comment