Sunday, March 21, 2010

Gunung Jerai

Hari ini Ahad bersamaan 21 March 2010 buat pertama kalinya aku dan rakan-rakan seramai 13 orang mendaki Gunung Jerai dgn kuda tunggangan masing.Orang kuat di sebalik plan berkayuh di Gunung Jerai adalah Cha'on dan Nazir yg merancang sejak dua bulan lepas.Nazir,Jan Korn dan aku mewakili Gerek Bukit.Cha'on,Mat Nizam,Nasir,Shidee,Ucop,Ean,Din,Aket dan lagi beberapa peserta yang aku x ingat nama (sorry ye) yang mewakili Gerek Kulim.
Target masing-masing adalah untuk menawan puncak Gunung Jerai dengan memperolehi lesen E bak kata pepatah Abg Razif Baling...namun yang mendapat lesen E hanyalah 6 0rang peserta, 2 peserta mendapat lesen B2 (Muzium Perhutanan) dan selebihnya hanya sampai di km6 Gunung Jerai.
Bagi aku kayuhan kali ini betul-betul hao liau kerana kesakitan kaki yang dialami sewaktu RUN10 pada minggu lepas masih terasa...oleh itu aku tidak terlalu memaksa diri,sekadar melakukan kayuhan ringan gitu2 sahaja...(ride with my own pace) bak kata orang putihhhh...so lets see what i caught with my camera today.

Ketibaan para riders dari Kulim...

Jarn Korn begitu bersemangat sekali...cheewahhhh.


Shidee,Jan Korn dan Nazir.

Jarn Korn dan Nazir hari ni mai naik sebiji kereta...

Nazir and me..

waktu awal2 masih dalam peloton besar...
dalam satu barisan...berdisplin betul la...

Cha'on masih sempat menunjukkan isyarat "V".


Shidee sedang menunjukkan skil mendaki..


antara papan tanda yang menunjukkan aku berada di Gunung Jerai.

Cha'on dan Shidee...waktu ni di km5 sedang menunggu peloton kat belakang..x nampak2 batang hidung langsung...

2 orang kuat Gerek Kulim....

Aku,Shidee dan Cha'on dgn student UniMap yang baru turun dari puncak G Jerai...kuat betoi depa ni hiking....

aksi Shidee dari kejauhan...


puncak yang masih berkabus...best betul...nyaman dan tenteram.

Shidee sedang melayan drift...

Van nie pula drift dari atas turun ke bawah...laju betoi...

Man VS Machine....

the machine gone left the still fighting man...


ketibaan Shidee kat Muzium Perhutanan...waktu ni kami reunite balik dgn peloton kat depan Nazir dan Bro Din...kuat betoi depa ni.

Muzium Perhutanan yang masih dlm proses renovation.

berenti kat pertengahan jalan nak ke Resort...

Shidee...berlatar belakangkan pemandangan indah..

Singgah minum air dahulu sebelum menuju ke pencawang...


from left Usop,Nazir,Romdzi,Bro Din dan Cha'on.

antara peserta yang memperoleh lesen E Gunung Jerai..

Cha'on betul2 penat....tapi puas...dapat lesen E.

Gate dibuka macam mengalu-alukan kedatangan kami..

aittt...sapa peserta yang kat sebelah Usop tu...

Usop betul2 perform hari ni...lead all the way...Ooooo pakai tayar sotong patut la kuat..

abang2 askar yang jaga menara pemancar nie...sempat lagi..main burung yer...ermm..


6 Rider with Class E licence....well done...thanks to bro askar yg snap pic nie..

on the way balik tangkap gambar kat area resort la pula....

bergambar sebelum layan down hill all the way..

1200m dari aras laut....

turun bawah baru la jumpa Mat Nizam dan geng-geng lain...dok tengah auta apa pun x tau la...
Sekian sahaja laporan untuk kali nie....pada rider-rider yang x dapat lesen E tu boleh cuba lain kali....tahniah pada yang sampai kat puncak iaitu Nazir,Bro Din,Usop,Romdzi(aku le tu),Cha'on dan Shidee serta tak lupa juga yang dapat lesen B2 iaitu Jan Korn dan Maulana....yahoooo....next time we will come again to conquer the summit..

2 comments:

  1. salam... mana shoutmix ni ... nak chating pun x boleh...

    ReplyDelete
  2. salam bro...rajin kayuh solo nooo...sy org baling....tp keja kat perlis...nnt bila2 balik baling bole kita kayuh sama2....
    lawat blog kami
    http://gerekbendang.blogspot.com/

    ReplyDelete