Sunday, February 28, 2010

Jom Kayuh @ PTSB.

Ahad 28/02/2010, aku dan rakan2 joint Jom Kayuh@PTSB.Dari team Gerek Bukit seramai 10 orang pengayuh tegar telah mengambil bahagian iaitu Zack,Rizal Merida,Nazir,Abdul Hanif,Cikgu Shaharudin,Ayob,Afizal,Izhar,Jat Pomen,Abg Kamil dan aku sendiri.Geng tempat kerja aku pula diwakili oleh Cha'on dari Gerek Kulim,Abdul Hanif,Nazir dan diri aku sendiri dari team Gerek Bukit.Waktu sampai kat Politeknik Kulim nie aku tengok semua peserta dah dok bersedia kat tempat pelepasan, aku lambat sampai kerana breakfast dulu dgn Geng2 Gerek Bukit di Restoran Mutiara Junjong yg terletak bersebelahan sebelah Jabatan Pendaftaran Kulim.Hari aku breakfast dgn roti telur,sengaja cari nahas...selalunya aku makan roti Gardiener yang dalam pek 60sen saja sebelum memulakan kayuhan.
Siap menurunkan basikal aku dari kereta,aku terus menuju ke tempat permulaan,masih ada 5 minit sebelum acara pelepasan,penderitaan aku bermula sewaktu melalui jalan raya...malu aku dengan prestasi sendiri kerana ramai rider2 yang memotong aku sewaktu kayuhan on road nie...termasuklah adik2 perempuan yg mewakili IPT2 .Penderitaan aku tamat sebaik memasuki off road dan di pendakian pertama.Di pintu masuk off road nie aku lihat YB @ Norzemi bersama scramblernya menjadi marshall kat laluan nie...ramai rider dah start menolak basikal masing2, aku mengambil sepenuhnya advantage ini untuk meghenjut naik pendakian yang pertama ni, kat sini aku jumpa Zack dan Mat Nizam dari Gerek Kulim.
Sehingga sampai di check point pertama aku bersua pula dgn Razie KHT yang memintas aku sewaktu kayuhan on road tadi, selepas check point 1, dilaluan mendaki yang kedua diletakkan monitor computer yang memaparkan ranking peserta sewaktu melepasinya, waktu nie aku di ranking 148.Waktu mendaki bukit nielah aku bersua dgn Cha'on dan Mokhtar KHT.
Setelah bertungkus lumus mendaki dan menuruni bukit, aku berjaya menghabiskan kayuhan pada jam 10:03pg berkedudukan ke100.Abdul Hanif di kedudukan ke59 dan Nazir ke49.Abg Kamil mengalami nasib malang kerana terjatuh dan menamatkan kayuhan dikedudukan 31,Jat Pomen di kedudukan 24 iaitu paling laju dikalangan peserta Gerek Bukit.Lain2 ahli Gerek Bukit menamatkan kayuhan di kedudukan di belakang aku, saksikanlah gambar2 yang sempat aku snap sepanjang acara ini berlangsung....tapi gambar masa berkayuh x ada sebab aku sedang berhempas pulas berjuang...layanzzz...

Doa sebelum acara pelepasan.

Abdul Hanif sedang menumpukan perhatian.

antara peserta di hadapan...

Abdul hanif lagiiii...

Abg Kamil dan geng KHT Bikers.

Rizal dan Cikgu Shaharudin

Peserta di belakang..

Hanif dan Cha'on yang baru menamatkan kayuhan.

port geng Gerek Bukit dan KHT melepak setelah menamatkan kayuhan..

Hanif tersenyum lebar kerana prestasinya telah meningkat..gara2 crank barunya...

Geng Marshall Motorcross...sedang menikmati hidangan yg disediakan penganjur.

Mat Nizam berborak dengan Mamu@Padil geng motorcross.

Norzemi @YB wakil motocross Showa Denko.

Jentera marshall bermotorsikal..

Atro(berdiri) ketua marshall...

Geng Gerek Bukit dan KHT Bikers bergambar kenangan bersama banner Kayuhan Malam 2010...promotion beb...




Sekian, jumpa lagi di posting akan datang....

No comments:

Post a Comment