Wednesday, February 24, 2010

Bukit Belacan & Paya Luas.

Rabu 24 Feb 2010, hari yang ditunggu-tunggu setelah seminggu merancang.Kebetulan Abdul Hanif dan Ismail off day.Jadi lepas balik dari kerja malam Mie Tengas,Jan Korn,Azrulwady dan aku terus bersiap sedia ala kadar.Kebetulan hari ni awal pagi hujan turun, jadi kena la tunggu hujan teduh dulu.Dalam pukul 8:45 pagi kami berkumpul kat kedai roti canai di Taman Mutiara untuk sarapan pagi,sambil dok sarapan kami tunggu ketibaan dua orang lagi rider iaitu Zack the President dan Rizal Merida.Selesai bersarapan kami memulakan kayuhan lebih kurang 9:45pagi, nasib baik cuaca redup sahaja hari ini tak la terasa terik mentari sangat.
Hari ini aku diberi tanggungjawab oleh kawan2 untuk "lead the ride".Kami bermula mendaki separuh dari trek balak kemudian membelok ke kanan utk down hill menuju Bukit Belacan.Di sebabkan baru lepas hujan maka tayar basikal masing2 telah diselaputi tanah merah yang tebal menyukarkan acara kayuhan.Selesai mendaki Bukit Belacan Zack telah minta diri kerana ada hal utk diuruskan menjadikan tinggal 7 rider meneruskan perjuangan untuk menawan puncak bukit Paya Luas pula.Jadi layan sahaja gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang kayuhan kali ini.

Mie Tengas antara yang tiba awal di rumah aku(meeting point).

Azrulwady dari Politeknik Kulim.
Jan Korn dengan bandananya.

Ismail.First time follow to ride offroad with us.Are u ready?

Zack Mr President Gerek Bukit.

Azrulwady

Rizal Merida

Abdul Hanif

Mie Tengas hari nie kayuh dari Sg Ular sampai rumah aku.Syabas bro.

Romdzi@Pak Leh the blogger....akulah tu..

Gathering at starting point front Restoran Desa Kob.

Ketibaan Jan Korn.

Semua peserta bersiap sedia.

Pendakian pertama "Balak Trail Half Way".

Ketibaan Rizal Merida kat 1st Check Point.

Ismail Hassan in action.Not bad perfomance for the first time ride offroad.

Peloton di belakang dengan sweeper Zack yang paling belakang.

Wady dan Jan Korn.

Zack the sweeper.

Rizal Merida beraksi untuk majalah mangga.

blogger beraksi utk majalah sekolah...hehehe..

Hanif menunjukkan isyarat puas dgn pendakian hari ini.

Ismail masih bertenaga....

Next destination Bukit Belacan.

Abdul Hanif memerhatikan sesuatu....

Mie dan Jan sedang membersihkan tayar basikal dari tanah merah yg melekat.

Abdul Hanif dan Jan Korn di puncak pendakian Bukit Belacan.

Mie Tengas dan Rizal Merida.

Zack sedang menemani Ismail yang sedang berehat untuk minta nyawa di separuh pendakian.

bergambar bersama Zack yang terpaksa keluar awal kerana ada urusan...thanks for joining us today.

Tayar basikal aku pancit pula....

demonstrasi cara2 mengepam tayar....

apa yang penting kerjasama....hehehe...

course "how to change your flat tube".

Rizal Merida tiba di puncak bukit Paya Luas..diekori oleh Mie Tengas.

Smilee....action....

Berehat sambil menikmati pemandangan dari atas...

Mie Tengas sampai di puncak...


Peserta yang ke3 tiba di puncak Paya Luas utk hari ini...

Rizal dan Mie..

Mie Tengas masih sempat berposing..

Pemandangan Taman Sepilai dari puncak bukit..

nice view from the pick..you can see Inokom and Sime Darby Factory from here.

Jan Korn peserta ke4 tiba di puncak...




Aksi blogger dari kejauhan sedang bertungkus lumus mendaki...




Pemandangan Kilang2 di Hi-Tech Park dari puncak.

sedang berehat dan menikmati pandangan sambil menunggu rider di belakang.

Korn,Mie dan Hanif..

Korn berposing..

Ismail tiba diikuti oleh Rizal.

Rizal menunjukan tanda puas dgn pendakian hari ini..

Wady di pendakian terakhir untuk hari ini...

Berehat sambil minum2 kat Taman Sepilai sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Ismail berpuashati dgn laluan hari ni....kena mai kayuh kerap sikit dgn kami nooo...

Wady gembira kerana dah tamat penderitaan..

Abdul Hanif perform habis hari ni,maklumlah crank dan cassette baru...

Rizal ...

The handsome rider.

Jarn Korn menunjukkan tanda puas.

















Tiba di destinasi ...Mail sedang membasuh basikalnya...

Rider cilik sedang memerhatikan kerja pembersihan basikal Ismail.

Abdul Hanif bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya...

Jan Korn dan Azrulawady masih sempat bergurau..
Kesimpulannya untuk kayuhan kali ini success, tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kecuali tayar bocor dari basikal aku, dan sebagai the lead rider aku puas hati dengan prestasi aku...walaupun naik dan turun bukit yang sama 2 kali untuk check rider di belakang...jumpa lagi di kayuhan akan datang...sedikit data dari Cat Eye milik aku mengenai kayuhan hari ini.

Dist :20.42km
Ave :10.2kmh
Mx Speed:46.4kmh
Cal Burn :1876kcal.

No comments:

Post a Comment