Hari ni bangun saja tidor aku dah plan nak kayuh ke Weng atau Batu Lapan,sesudah subuh aku buat persiapan lebih kurang, capai basikal dan kayuh ke Pekan Baling terlebih dahulu kerana nak ambik duit kat bank.Jadi lepas ambik duit tu aku kayuh pula ke Petronas Baling untuk beli bekal masa kayuh nanti, roti coklat 2 bungkus dan air 100 tambah, lagipun aku tak sarapan lagi masa keluar dari rumah mak mertua aku tadi.Selesai berusan kat kedai mesra petronas tersebut aku meneruskan kayuhan dengan berpatah balik ke arah Bongor terus menuju ke Weng, selepas saja aku melepasi Pekan Bandar aku terperasan ada sorang mamat dok kayuh GT hitam sebab masa tu aku potong dia dekat area Sek Bandar.Sebelum memasuki Kg Lalang @ Siong aku berhenti kat simpang jalan baru kerana confius nak ikut jalan mana satu, sampai mamat yang aku potong tadi sampai kat tempat aku berenti dan aku snap sekeping gambar dia.Sempat juga aku berborak dengan dia dan tanya jalan mana yang patut aku lalu.Rupa2nya mamat (sorry lupa nama) tu orang Kg Luar dekat Pekan Kg Lalang, dan la juga aku bertanya lebih kurang samada dia kenai dengan Abang Razif Baling dan Shukri Anak Siong,mamat tu habaq dia cuma kenai depa dalam blog saja...aku meneruskan perjalanan tetapi telah menukar destinasi ke Pekan Sik.Saksikan sendiri gambar2 yang sempat aku snap sempena kayuhan kali ni.
Beskat yang aku bawa dari Kulim untuk meneroka daerah Baling.
Sampai kat simpang nie aku confius nak terus atau belok kanan ikut Kampung Lalang.
Bergambar dengan mercu tanda Kg Lalang menandakan aku memasuki Mukim Siong yang berpenghulukan Shukri Anak Siong.
On the way nak balik, baru la aku berenti kot tepi jalan snap gambar sekeping dua.Gambar kat bawah nie masa aku sampai kat kampung Bendang Man sebelum panjat bukit nak menuju Baling.
Selepas berehat aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah mak mertua aku, sampai kat Kg Bongor lebih kurang 12:50 tengah hari.Total distance dalam 90.2Km,kayuhan agak memuaskan hati kerana dari Bendang Man menuju ke Weng tidak terlalu panas terlindung dengan pokok-pokok getah serta angin yang sepoi2 bahasa menyegarkan.Jumpa lagi di kayuhan akan datang.
No comments:
Post a Comment