Tuesday, December 1, 2009

JOURNEY TO GRIK.

Bertemu lagi kita, selepas post To'kun The Return tempohari maka pada kali ini aku nak menceritakan pula mengenai perjalanan yang aku tempuhi secara berseorangan @ solo ride.Bagi aku solo ride yang aku lakukan pada kali telah menceroboh jajahan Abang Razif Baling dan Kroh MTB team.
Pada 12 Nov 2009 yang lepas aku balik bercuti di kampung isteri tersayang yang terletak di Mukim Bongor Baling.Disebabkan dah lama aku plan untuk membuat kayuhan di daerah Baling maka pada 13 Nov iaitu hari kedua, aku memulakan kayuhan dari rumah mertua aku menuju ke pekan Baling dan terus mendaki Gunung Inas untuk menuju Kroh, dari Pekan Kroh aku melalui kawasan Bukit Buluh yang masih berkabus menuju ke Klian Intan, dari Klian Intan aku mendaki Gunung Paku menuju ke jalan Felda Nenering dan seterusnya perjalanan aku tamat di Grik.Dari Grik aku berpatah balik ke Baling dalam cuaca panas terik.Aku sampai di Baling dalam pukul 4 petang.Satu perjalanan yang mencatatkan sejarah yang tersendiri dalam hidup aku kerana solo ride ini adalah yang paling jauh pernah aku lakukan iaitu jaraknya yang mencecah 132km. Saksikan gambar2 yang sempat aku rakamkan disepanjang perjalan tersebut.

Papan tanda yang menunjukkan aku dah menghampiri puncak Gunung Inas.



pemandangan berkabus di Padang Buluh selepas Pekan Kroh.



Selepas menuruni Gunung Paku aku tiba di Kg Pahit.



Dari Felda Nenering ini perjalanan masih berbaki 23km untuk tiba di Grik.


Sewaktu di kawasan Kg Plang.


Kg Plang.





Destinasi yang dituju Pekan Grik Perak.


No comments:

Post a Comment