Mula-mula sekali yang mencadangkan untuk buat acara kayuhan hari ini datangya dari Suhaimi Kona, sebab dah gian nak kayuh basikal bertuah beliau.Cadanganya pada asalnya adalah trek ulu paip-gunung bongsu-sungai tengas-sungai ular dan trek Kulim Jamboree.Memandangkan cuaca yang tidak berapa mengizinkan dan para peserta mempunyai lain2 hal pada waktu tengah harinya maka kayuhan dipendekkan kepada ulu paip-pahau dan selebihnya 5 peserta lagi meneruskan hingga ke Felda Gunung Bongsu.
Para peserta kayuhan hari ini dalah Bro Brahim,Romdzi,Abang Kamil Misai,Jan Kontena,Nazir,Mie Tengas@Mie Kona,Mat Zeli,Jat Pomen dan Adik Hakimi(anak abang Kamil)-9 peserta dari Gerek Bukit,Saudara Mokhtar -wakil KHT dan juga Cha'on@Shahrul Azni -wakil Gerek Kulim.Jadi semua peserta adalah seramai 11 pengayuh tegar.Apa2 pun aku nak ucapkan tahniah kepada abang Kamil kerana telah melatih anak beliau iaitu Adik Hakimi dgn baik sekali utk menjadi pelapis bagi Gerek Bukit pada masa hadapan.
Macam biasa juga acara kayuhan kami dimulakan di restoran Desa Kob milik Bro Brahim.Yang selebihnya korang saksikanlah sendiri gambar2 yang disertakan.
Zack Gerek Bukit bersama pelapis cilik Adik Hakimi
(Zack tidak dapat turut serta kerana terpaksa menebar roti Canai)
(Zack tidak dapat turut serta kerana terpaksa menebar roti Canai)
Suhaimi Kona dan Nazir
Persaingan di antara Mie Kona dan Nazir utk sampai di puncak.
Abang Brahim dengan kayuhan bersahajanya.
Abang Brahim dengan kayuhan bersahajanya.
Posing dari team S-Ridz berlatar belakangkan pemandangan indah di kawasan Felda Gunung Bongsu. Barisan MTBikers dari Showa Denko HD.
Gambar2 yang kat bawah nie pula adalah hasil dari Kamera milik Mie Kona@ Mie Tengas.
Perjalanan kami berakhir kat Felda Gunung Bongsu di rumah Jan Kontena untuk minum air dan rehat ala kadar.seterusnya kami meneruskan perjalan balik ke Sg Kob melalui jalan raya dalam hujan renyai-renyai.
Jumpa lagi dikayuhan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment