Assalamualaikum, selepas seminggu buat hebahan dalam fb aku mengenai kayuhan G Jerai ni maka yang sudi menyahut seruan dan mengikut aku meraghas G Jerai pada kali ini terdiri dari Nazir,Amirudin,Murshid dan Rizal Merida.Selain dari aku dan Nazir yang bertiga lagi tu adalah peserta terbaru yang akan menduga trek G Jerai....nak rasa angin gunung pulak hehehe....
Monday, June 27, 2011
Revisit Mt Jerai
Assalamualaikum, selepas seminggu buat hebahan dalam fb aku mengenai kayuhan G Jerai ni maka yang sudi menyahut seruan dan mengikut aku meraghas G Jerai pada kali ini terdiri dari Nazir,Amirudin,Murshid dan Rizal Merida.Selain dari aku dan Nazir yang bertiga lagi tu adalah peserta terbaru yang akan menduga trek G Jerai....nak rasa angin gunung pulak hehehe....
Monday, March 28, 2011
Re-new Lesen To'kun.
Fauzi dgn basikalnya yg baru dibeli tak sampai sebulan.....wellcome to our community bro..
wife aku dan rakannya ambik kesempatan hiking pada hari ni...
with my red machine.
it's me ....satisfy with my perfomance today..
Fauzi and me...lets come again next time bro..
with my wife....
Saturday, March 19, 2011
Jom Kayuh @PTSB 2.
Hari ini tanggal 19 March 2011 berlangsungnya acara Jom Kayuh @ PTSB 2011.Kali ini peserta yang mewakili Gerek Bukit adalah Jan Korn,Zack,Jatt,Cg Din dan Cg Jatt,Nazir dan Zura,Hanif dan aku..yg daftar tapi tak dapat turut serta adalah Amer,Abe (Wan Rosman) dan Wadi.Aku sampai kat area Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim pada jam 7:30pg,masih awal lagi.Waktu aku sampai Zack dah sedia menunggu kat kawasan parking.Dah siap semuanya aku dan Zack menuju ke starting point, belum nampak lagi wajah-wajah yang familiar dok kayuh dgn aku waktu ni.Sampai kat starting point terus dapat fisrt stiker untuk check point yang pertama,so target kena dapatkan lagi 3 check point stiker untuk complete ride kali ni...hehehe..
Sampai kat starting point orang tak ramai lagi, awal lagi agaknya....rider2 kuat dok tengah buat warm up....sah sat lagi terus pecut masa start.Masa ni la aku jumpa sorang-sorang member yg muncul mula-mula Mokhtar Kht,Nazir dan Zura,Yusoff SAT, Cha'on dan gengnya.Marshall motocros sampai dalam jam 7:50am lebih kurang,macam biasa geng motocross diketuai oleh Atro @ Khirul Zaini dgn disertai oleh Mamu @ Fadhil,Man Roy dan rakan2 seramai lapan orang semuanya tapi yang muncul cuma 6 orang, lagi 2 ada masalah teknikal.
Tepat jam 8:15am para peserta dilepaskan selepas sedikit breifing dari pihak penganjur mengenai keadaan trek yang licin disebabkan hujan lebat semalaman,ucapan perasmian oleh VIP dan bacaan doa selamat.
Selepas saja pelepasan semuat peserta start kayuh dalam kwasan Poli terlebih dahulu....keluar saja dari pagar Poli,masing-masing memecut untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik....meter aku menunjukkan 45++km/h fuhhh laju gilaa...geng-geng yg kat depan tu mesti lagi laju....trek off road memang sempoi tapi sedikit licin...so aku sedikit berhati-hati terutamanya waktu downhill...ada juga rider yang tertomoih dan bingkas bangkit balik mencapai gerek...semangat seorang Mountain biker sejati hehehe...trek memang layan,"feel the adrenalin" macam motto yang ditulis kat t-shirt sourvenir Jom Kayuh tahun ni...lebih kurang jam 10:40am aku sampai kat finishing point bersama-sama saudara Mokhtar Kht yang menamatkan kayuhan dikedudukan 168 dan aku 169.Apa-apa pun trek memang sempoi dan layan, well done to organizer.Lepas semua dah sampai acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah diadakan...aku memang tak ada tuah untuk kali ni, Jatt beroleh grand prize TV LCD 24 inch, tahniah broo, cikgu Jatt pula beroleh periuk nasi....yang nama Jatt memang bertuah hari ni nampaknya.
kat starting point masih lengang...
Zack our beloved Mr President..
dok bincang strategi agaknya....hehehe
Zack tiba kat penamat...lewat sedikit dari aku...well done..
Jumpa lagi di kayuhan akan datang adiosss....wassalam.
Monday, January 24, 2011
LTDL 2011 Stage 2.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini tanggal 24 Jan 2011 adalah hari kedua berlangsungnya acara Le Tour De Langkawi 2011.Setelah peringkat yang pertama yang berlangsung di Pulau Langkawi kini tiba peringkat kedua yang bermula di Kangar dan tamat di Butterworth sejauh 145km.Aku bersama Jan Korn tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan acara tersebut di garisan penamat.Saksikan gambar2 yang sempat diambil semasa menanti dan selepas ketibaan pelumba2 di garisan penamat yang aku rakamkan..
Terserempak dengan bekas rakan sekerja Farid..
ketibaan calvacade yang mengiringi para pelumba dari Kangar..
Subscribe to:
Posts (Atom)