Monday, January 24, 2011

LTDL 2011 Stage 2.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini tanggal 24 Jan 2011 adalah hari kedua berlangsungnya acara Le Tour De Langkawi 2011.Setelah peringkat yang pertama yang berlangsung di Pulau Langkawi kini tiba peringkat kedua yang bermula di Kangar dan tamat di Butterworth sejauh 145km.Aku bersama Jan Korn tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan acara tersebut di garisan penamat.Saksikan gambar2 yang sempat diambil semasa menanti dan selepas ketibaan pelumba2 di garisan penamat yang aku rakamkan..


Terserempak dengan bekas rakan sekerja Farid..


persembahan seni silat sebelum ketibaan para pelumba.



ketibaan calvacade yang mengiringi para pelumba dari Kangar..










pelumba2 TSG bertowel Anuar Manan..


Anuar Manan sedang ditemuramah oleh wartawan.

bro Roslan Mahmud membantu team L2A..



pemenang tempat ketiga Anuar Manan..


Stage winner untuk peringkat ke 2



pendhulu jersi putih best Asian Riders..




King of mountain...


point classification @ raja pecut..


overall leader untuk peringkat ke 2..






Tuesday, January 18, 2011

JMJ11






Tanggal 15 Januari 2011, aku dan rakan2 menyertai JMJ11 yang menjadi jamboree pembukaan bagi tahun 2011.Team Gerek Bukit telah mendaftar seramai 12 peserta kali ini, tapi sayangnya disaat-saat akhir Jan Korn terpaksa menarik diri disebabkan ada urusan yang lebih penting.Jadi rider-rider yang tinggal membawa cabaran cabaran bagi kali ini adalah Zack,Mat Zeli,Nazet,Cikgu Din,Yob,Amir,Zura,Abg Kamil dan Adik Hakimi,Hanif,Abe dan Romdzi (aku lah tu)...Seawal jam 5:30pg kami telah bertolak ke Gurun dengan disertai oleh Mizivenzo.Tiba di Perwaja Steel Gurun lebih kurang jam 06:45pg terus solat subuh dan bersiap sedia untuk acara pelepasan.
JMJ11 mendapat penyertaan seramai 1600++ rider, satu jumlah yang cukup ramai....tahniah kepada pihak penganjur kerana dapat menarik penyertaan dan mengumpulkan begitu ramai rider dalam satu2 jamboree.
Kali ini aku berkayuh dengan jari yang berbalut disebabkan pada 14 Jan 2011 sehari sebelum JMJ11 berlangsung sewaktu sedang bekerja secara tidak sengaja jari hantu aku terkena kipas motor menyebabkan aku kehilangan keseluruhan kuku dan kulit yang membalut dibahagian hujung jari....sakitnya tidak terkira.Aku dibawa ke Hospital Kulim oleh rakan2 setugas...setelah x ray dilakukan Alhamdulillah tulang jari tidak terjejas,mengikut doktor yg bertugas untuk sembuh seperti biasa akan mengambil sedikit masa itupun jika sel yang menjadi kilang kuku di jari aku tidak terjejas.Setelah diubati dan dibalut luka aku diberikan mc sehingga 20 Jan 2011.Disebabkan JMJ11 berlangsung keesokannya aku hampir2 membatalkan niat utk menyertai jamboree ini tapi dah dasar pengayuh ketegar tu,akhirnya here i come JMJ11..hehehe...
Trek kayuhan memang sempoi....all ride able tapi disebabkan mungkin terlampau ramai rider menyebabkan kesesakan berlaku,bukit yang sepatutnya boleh kayuh x dapat kayuh kerana rider yang didepan menolak,mungkin sebab inilah rasa2 aku Kayuh Lasak mengehadkan jumlah penyertaan dalam eventnya.....Lepas pendakian yang pertama ada seorang akak rider jatuh betul2 didepan aku...rasa2 aku bahunya terkehel atau patah...ngeri betul..nasib baik aku sempat brek dan memberi pertolongan semampu yang boleh dgn dibantu oleh rider2 lain...selepas memastikan rider tersebut selamat di tepi trek sementara menunggu bantuan medic aku meneruskan kayuhan...rupa2nya ramai juga rider yang tersungkur di trail JMJ11....apa2 pun tahniah kepada penganjur kerana bantuan perubatan yang cekap dan pantas dapat disediakan...
Aku berjaya menamatkan kayuhan sejauh 48km pada jam 10:55am, satu masa yang agak baik walaupun menghabiskan masa yang agak lama waktu menolong rider yang tersungkur didepan aku....dan dikedudukan 599....aku puas walaupun x dapat medal...(sasaran awal berada dibawah 500)....jadi saksikan gambar2 yang diambil dari blog2 dan facebook rakan2 MTB yang lain terutamanya Bro Shukri @ Anak Siong very nice shot....(aku x bawa kamera kali ini....hehehe)..




Nasib baik sempat brek....


bagi warning pada rider2 yang lain supaya downhill sebelah kanan...

kesakitan dibahagian bahu sebelah kanan.....


Di bantu oleh rider lain dan marshall yang bertugas...


Nazir in action




Credit to Ahmad Shukri @ Anak Siong for my nice picture....







Mat Hanif sampai baring-baring...kena gigit mengkarung


thanks to Bro Adiharriman for this picture.

Abdul Hanif and Abe


makan time....


bertuah juga aku hari ni.....


Sebelah petangnya sesudah sampai di rumah aku pergi membuat pemeriksaan di KPJ Penang Specialist Hospital untuk jari aku yang tercedera.....doktor telah membuat minor operation untuk membuang serpihan kuku yang tertinggal dan menjahit luka pada jari aku.....mengikut doktor...jika lebihan kuku aku tidak dibuang mungkin kuku tidak dapat sembuh dgn baik....dan aku bermalam di hospital tersebut pada hari itu......setelah 33 tahun inilah kali pertama aku berpengalaman bermalam di hospital.....

my finger after minor operation..

kebosanan yang melampau....nasib baik bermalam 1 hari sahaja..

my dinner before discaj from KPJ...



See again in my next entry....