Wednesday, January 5, 2011

Paya Luas and the return of Mr Presiden.

Assalamualaikum, setelah berehat agak lama dari sebarang aktiviti kayuhan, tiba-tiba aku dikejutkan dgn ajakan dari Zack untuk menerpa trek offroad di sekitar Bukit Payung dan Paya Luas...turut serta adalah seorang rider baru yang dipanggil Pak Tam...dalam sibuk2 menebar roti canai sempat lagi Zack membawa masuk seorang lagi ahli kayuhan baru....cayalahhh...respeck betul aku dgn Zack.Kayuhan pengenalan bagi trek off road untuk saudara Pak Tam pada kali ini telah melalui sebahagian trek balak,Bukit Payung dan Paya Luas..meliputi jarak 15km+/_.Kayuhan Pak Tam agak bagus walaupun baru pertama kali berkayuh off road, masa yang diambil untuk berehat tidak terlalu lama dan kayuhan dapat ditamatkan awal sekitar pukul 10.00am walaupun bermula agak lewat dalam 08:30am.
Bagi aku kayuhan kali ini boleh dijadikan sebagai persediaan untuk Jerai Jamboree yang akan tiba dalam 2 minggu lagi....lama betul berehat dari berkayuh off road...untuk saudara Zack pula, setelah hampir lapan bulan berehat dari berkayuh akhirnya pada hari ini berpeluang untuk membuang sawang dan habuk dari basikal beliau....










No comments:

Post a Comment