Monday, March 28, 2011

Re-new Lesen To'kun.

Kelmarin Ahad 27 March 2011 aku dan Fauzi @ Fozee Sportivo berkunjung ke Bukit To'kun.Bagi Fauzi ini adalh kunjungannya yang pertama bagi cubaan menakluki puncak 3M Bkt To'kun, tapi bagi aku pula ini adalah kunjungan untuk re-new lesen puncak To'kun bagi tahun 2011.Selepas balik dari kerja malam,aku dengan ditemani isteri terus drive ke To'kun,dalam perjalanan singgah di Taman Nilam Baiduri kulim untuk berjumpa dgn Fauzi.Kami sampai di To'kun lebih kurang 09.00am.Ramai juga rider yang berkayuh pada hari ini walaupun ada jamboree MTB di Bukit Merah Lake Town.Antara rider yang aku jumpa hari ini adalah Wan Alma dari 3G. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke puncak selepas berhempas pulas mendaki selama 50min, downhill ke bawah dan berhenti di tapak senaman.Fauzi dah sedia menunggu aku kat sini bersama seorang rider Permatang Pauh, bro Zul.Bagi aku untuk cubaan pertama kalau dah berjaya sampai ke tapak senaman adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan, masih ada lagi kawan2 yang belum sampai ke puncak walau dah mendaki To'kun 2-3 kali.I'm proud with U man....keep it up InsyaAllah next time u will conquer the summit. Waktu sedang lepak2 dan borak dgn Fauzi dan Bro Zul kat tapak senaman ada satu group downhiller rider sampai dgn lori dan dok buat persiapan untuk downhill ikut trek To'kun Rockstars....salute all off u bro....only the brave can do that...aku dan Fauzi meluncur turun dan berenti kat pondok Malaysia Boleh untuk tgk aksi terbang dari bro-bro downhiller tadi kerana kat situ terdapat satu tanjakan yang dibuat khas untuk mereka melompat...memang best...selesai menyaksikan semua downhiller tadi aku dan Fauzi terus turun ke bawah untuk berkemas balik ke rumah masing-masing.


Fauzi dgn basikalnya yg baru dibeli tak sampai sebulan.....wellcome to our community bro..




wife aku dan rakannya ambik kesempatan hiking pada hari ni...



with my red machine.



it's me ....satisfy with my perfomance today..



Fauzi and me...lets come again next time bro..



with my wife....
See again in my next ride.....

Saturday, March 19, 2011

Jom Kayuh @PTSB 2.


Hari ini tanggal 19 March 2011 berlangsungnya acara Jom Kayuh @ PTSB 2011.Kali ini peserta yang mewakili Gerek Bukit adalah Jan Korn,Zack,Jatt,Cg Din dan Cg Jatt,Nazir dan Zura,Hanif dan aku..yg daftar tapi tak dapat turut serta adalah Amer,Abe (Wan Rosman) dan Wadi.Aku sampai kat area Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim pada jam 7:30pg,masih awal lagi.Waktu aku sampai Zack dah sedia menunggu kat kawasan parking.Dah siap semuanya aku dan Zack menuju ke starting point, belum nampak lagi wajah-wajah yang familiar dok kayuh dgn aku waktu ni.Sampai kat starting point terus dapat fisrt stiker untuk check point yang pertama,so target kena dapatkan lagi 3 check point stiker untuk complete ride kali ni...hehehe..
Sampai kat starting point orang tak ramai lagi, awal lagi agaknya....rider2 kuat dok tengah buat warm up....sah sat lagi terus pecut masa start.Masa ni la aku jumpa sorang-sorang member yg muncul mula-mula Mokhtar Kht,Nazir dan Zura,Yusoff SAT, Cha'on dan gengnya.Marshall motocros sampai dalam jam 7:50am lebih kurang,macam biasa geng motocross diketuai oleh Atro @ Khirul Zaini dgn disertai oleh Mamu @ Fadhil,Man Roy dan rakan2 seramai lapan orang semuanya tapi yang muncul cuma 6 orang, lagi 2 ada masalah teknikal.
Tepat jam 8:15am para peserta dilepaskan selepas sedikit breifing dari pihak penganjur mengenai keadaan trek yang licin disebabkan hujan lebat semalaman,ucapan perasmian oleh VIP dan bacaan doa selamat.
Selepas saja pelepasan semuat peserta start kayuh dalam kwasan Poli terlebih dahulu....keluar saja dari pagar Poli,masing-masing memecut untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik....meter aku menunjukkan 45++km/h fuhhh laju gilaa...geng-geng yg kat depan tu mesti lagi laju....trek off road memang sempoi tapi sedikit licin...so aku sedikit berhati-hati terutamanya waktu downhill...ada juga rider yang tertomoih dan bingkas bangkit balik mencapai gerek...semangat seorang Mountain biker sejati hehehe...trek memang layan,"feel the adrenalin" macam motto yang ditulis kat t-shirt sourvenir Jom Kayuh tahun ni...lebih kurang jam 10:40am aku sampai kat finishing point bersama-sama saudara Mokhtar Kht yang menamatkan kayuhan dikedudukan 168 dan aku 169.Apa-apa pun trek memang sempoi dan layan, well done to organizer.Lepas semua dah sampai acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah diadakan...aku memang tak ada tuah untuk kali ni, Jatt beroleh grand prize TV LCD 24 inch, tahniah broo, cikgu Jatt pula beroleh periuk nasi....yang nama Jatt memang bertuah hari ni nampaknya.

kat starting point masih lengang...



Zack our beloved Mr President..


aku ambik kesempatan la jugak...org tak ramai lagi waktu ni..



Nazir dan pasangannya Zura...


dok bincang strategi agaknya....hehehe


Mokhtar Kht,Apai dan Rashid dari Geng Basikal @ Kulim..

Zack tiba kat penamat...lewat sedikit dari aku...well done..


suasana kat tempat penamat...

Yusoff SAT...memang kuat mamat ni...

Jumpa lagi di kayuhan akan datang adiosss....wassalam.