Saturday, September 25, 2010

Re-new Lesen Gunung Jerai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,tanggal 25 Sep 2010 aku dan kawan-kawan berjumlah 6 orang pengayuh tegar menerjah Gunung Jerai bagi membaharui dan memiliki lesen masing-masing.Jan Korn,Nazet dan aku bertujuan membaharui lesen yang sedia ada,Jatt,Abe dan Mizivenzo pula bertekad untuk memperolehi lesen buat pertama kalinya..
Hari ni aku kerja malam cunggit awai sikit dalam pukul 6:15am lepas subuh...nasib baik la boss bagi kebenaran balik awal...sampai kat Petronas Taman Mutiara lokasi berkumpul sebelum bertolak dalam 6:25am...awal lagi...lagipun ikut perjanjian jam 7:00am baru nak bertolak pi Gurun.Peserta yg ke 2 sampai kat tapak berkumpul adalah saudara Mizivenzo diikuti oleh Nazet.Oleh kerana ada masalah komunikasi sikit maka Nazet pi jemput Jan Korn kat rumah dia dan aku dan Mizivenzo bertolak dahulu ke Gurun...drive slow-slow saja..
Sampai kat kaki G Jerai lebih kurang jam 8:15am.Setelah semua sampai dan bersiap-siap kami start kayuh lebih kurang jam 8:50am...waktu nak golek tayar tu ada la 2 rider yang rasa-rasa aku orang dekat-dekat G Jerai ni la juga joint kayuh sekali....kuat betoi depa dua tu...
Nazet dan Abe berdesup follow mamat 2 org tu, aku pula kayuh dgn Mat Jan,Mizivenzo dan Jatt di belakang...regroup balik dgn Nazet dan Abe setelah aku berhempas pulas kayuh sorang-sorang lagi 6 kilo nak sampai puncak...sampai kat Muzium Perhutanan tu rehat dan ambil gambar sekeping dua dgn Nazet dan Abe...dlm 15-20 min rehat sambil dok tunggu geng-geng kat belakang.Nazet dan Abe hasut aku pi sampai puncak pula dah....aku pun ikut la depa dua...dan kesudahannya sampai la kami kat pagar pencawang bagi membolehkan aku dan Nazet membaharui lesen"E" dan bagi Abe untuk pertama kalinya lesen"E" bagi percubaan pertama....bravooo....Mat Jan berjaya upgrade lesen "B2" ke lesen"D" begitu juga Jatt dan Mizivenzo berjaya mendapatkan lesen"D" untuk percubaan sulung masing2...tahniah kepada semua yang terlibat...

Gunung Jerai dari persimpangan Bandar Laguna Merbok.
Inilah destinasi terjahan rider-rider Kulim...
View G Jerai dari kereta....

Abe....waktu baru sampai

para peserta pada hari ini disertai oleh 2 local rider

Jatt dengan skill mendakinya..

Abe masih boleh tersenyum...dengan selambanya..

Mizivenzo...dgn Venzonya..

satu-satunya peserta yang menggalas hydration bag pada hari ni...patut la kuat..

Jan Korn..


take 5...



Jatt,Mizi dan Mat Jan.

Jat,aku dan Mat Jan..

take 5 bersama Mizi utk kesekian kalinya...

Mat Jan..

macam kembar pun ada...

halangan terakhir sebelum tiba di Muzium Perhutanan.


Abe dan Nazet dua perserta awal yang sampai di Muzium Perhutanan.




Abe dan aku...

puncak destinasi masih diselaputi kabus....

Uncle yang sedang duduk tu...merupakan pengunjung tetap G Jerai...salute betul..

Nazet dan Abe mengambil angin....recover tenaga..



aku dan Abe...


Success re-new lesen E

first time rabat G Jerai terus dapat lesen E welldone to Wan Rosman (Abe).

aku pun berjaya juga re-new lesen hehehe..

sempat lagi balut rokok daun...


bergambar kenangan di Puncak G Jerai (Resort).

Saturday, September 18, 2010

Bakaq Lemak Di To'kun Lagiiiiii....

Sabtu 18 September 2010 bersamaan 8 Syawal 1431 Hijrah, aku bersama kawan-kawan (Mie Tengas,Abe dan Mat Hanif) berkayuh di To'kun buat kesekian kalinya.Hari ni start kayuh lewat sedikit disebabkan oleh acara tunggu menunggu diantara para peserta hari ini.Wan Rosman @ Abe berkayuh dari rumah beliau di Taman Selasih hingga ke To'kun merupakan peserta terawal sampai di To'kun pada pg ini...diikuti oleh aku, Mie Tengas dan Mat Hanif.Setelah semua sampai kami golek tayar lebih kurang jam 8:30am.Hari ini kami mendaki dengan diiringi oleh Zabidi (otai To'kun) dan rakan-rakan Gerek Gunungnya....
Otai-otai To'kun berkayuh dgn selamba sekali meninggalkan aku dan geng berhempas pulas mendaki di belakang...Abe dan Mie Tengas hanya berkayuh hingga tapak senaman dan aku macam biasa non stop sampai summit...yess berjaya lagi mencantas 2 minit dari catatan yang dilakukan kelmarin...sampai kat puncak macam biasa ambil 1,2 keping gambar sebagai bukti dan terus meluncur laju turun ke tapak senaman (berselisih dgn Geng Gerek Gunung yg berhenti rehat kat tapak senaman menunggu rakan-rakan baru nak mendaki ke puncak) tempat Abe dan Mie Tengas berehat-rehat sambil mencuci mata...rupa-rupanya Mat Hanif tak sampai-sampai terus ke tapak senaman tu....khabarnya berpatah balik ke parking...last sekali aku nampak ada kat belakang aku sebelum pondok Malaysia Bolehh (bagi yg selalu berkunjung tahu tempat yg aku maksudkan).Ambil lagi 2,3 keping gambar kat tapak senaman sebagai bukti dan terus meluncur turun ke parking...marvelouss downhill...hari ni aku bawa wisel utk memberi isyarat kepada para hiker agar ketepi sewaktu kelajuan maksima downhill...memang layan...dari jauh apek-apek dan nyonya-nyonya bertempiaran memberi laluan apabila mendengar bunyi tiupan wisel dari aku...memang berguna betul wisel tu.....view gambar kat bawah yg sempat aku ambil pada hari ini...see again in my next ride report...

waktu awal-awal dalam kelompok ramai sebelum berpecah...

geng apek-apek dan nyonya-nyonya sedang bersenam Tai-Chi..

Abe dan Mat Hanif...

again alone at the peek...

ambil gambar sendiri sebagai bukti....

wahhh...bersantai sakan nampak hangpa berdua nii...

wahhh,,,ada festival dan karaoke pada sebelah malam ni....baru abiss angkat sound sistem..apek kat belakang minta tolong....

aku dan Abe...

Mie Tengas bercekak pinggang dan Abe....

dah siap nak balik....

Mat Hanif....tu laa...lain kali raya makan ketupat lemang sikit-sikit sudah....

basikal aku dan mie tengas....view dari dlm kereta..