Sunday, July 25, 2010

Cabaran Bukit Botak @ Bukit Rimau

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni 25 Julai 2010, aku dan rakan-rakan yang berjumlah 19 orang pengayuh tegar dan ketegaq telah menjayakan misi mendaki Bukit Botak @ Bukit Rimau di Sg Ular.Kayuhan hari ni di ketuai oleh saudara Cha'on dgn bantuan seorang Sherpa penunjuk arah(nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu),kayuhan hari ini desertai oleh Jan Korn,Nazir,Mie Tengas,Mat Hanif,Wady dan aku dari Gerek Bukit,Cha'on,D'one,Mat Nizam,Nasir,Amer dan Syahrul mewakili Gerek Kulim,Odd dari team Cap Ayam,Mizivenzo mewakili GengBasikal@Kulim,Mat Ariff,Bro Jefri dan seorang lagi rakannya (sori lupa tanya nama) dari Permatang Pauh dan tak lupa juga Bro Sherpa yang banyak berjasa dan berkorban untuk menjayakan ride hari ni...
Hari ni aku dgn Mat Jan start dari Taman Mutiara, member-member yang lain mula dari Petronas Kota Kenari dan JPJ Kulim.Kami berdua singgah Showa Denko terlebih dahulu sebab tunggu Nazir keluar kerja pukul 8 pg.Dari Showa kami bertiga ride pula ke tempat berkumpul di gerai kelapa sawit Sg Ular sempat la juga pekena air segelas...yang dah lama sampai tu dah habis kena roti canai sorang sekeping.


Mat Jan baru keluar dari rumah...dok bersiap-siap

Nazir dan Wadi yang dah lama tak kayuh...4 bulan dah kot...satgi hang mesti dapat habuan ni...

Mie Tengas dan Mat Hanif

Abe @ Wan Rosman teringin nak joint...tapi....

Menunggu peloton yang di belakang..

Koko Odd dengan aksinya snap gambar rider kat belakang..

Mizivenzo GengBasikal@Kulim tak bawa geng pun???

Nazir dan Wadi bersaing waktu downhill layan beb..
Sesi menunggu peserta yang dibelakang khabarnya ada yang muntah-muntah...

pemandangan Kulim town dari atas.

Nazir in action..

alamak...depa dah sampai kat atas tu...jauh lagi ni.


Mat Hanif...kat belakang..

Jan Korn dan Wadi di seberang sana...sedang berhempas pulas

lagi view menarik dari atas..

Mat Hanif keletihan..."mental betul" katanya

Mizivenzo menyusul di belakang

awat stop pula Mizi??

Peserta yang sampai awal..

barisan penakluk Bukit Botak pada hari ini..


well done to all...

view kawasan perindustrian Hi-Tech dari puncak bukit.


tiba-tiba saja Wadi digigit oleh binatang Mengkarung...tu la berenti kayuh lama sangat

pemandangan dari puncak paling tinggi sebelum down hill all the way...reward yg berbaloi..


singgah minum sambil borak-borak dan bergurau senda












Tuesday, July 20, 2010

Sedim "Back To Nature".

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama aku tak update blog ni.....last post pun kira-kira 3 bulan yang lepas.Kali ni aku nak cerita sikit mengenai kayuhan kat Sedim yang berlangsung pada Ahad lepas bersamaan 18 July 2010.Firstly aku nak minta maaf pada kawan-kawan yang joint kayuh kat sedim sebab post aku ni lewat 3 hari dah...kalau surat khabar tu orang dah buat bungkus nasi lemak dan belacan pun.Tiba-tiba saja aku tak boleh nak download gambar dari kamera aku...laptop tak detect memory card (cari alasan pula)...terpaksa la aku pinjam memory card reader dari Zack...anyway thanks to Zack kerana sudi meminjamkan aku memory card reader.
Mula-mula sekali aku nak habaq kat sini kayuhan ni asalnya dicadangkan oleh Mr Jan Korn pasai dia nak menerai gerek baru...Specialized hitam tu kat Bukit Langkap.Di sebabkan beberapa masalah maka lokasi kayuhan bertukar ke To'kun dan seterusnya keputusan akhir adalah di Sedim.Aku telah mencadangkan untuk kayuhan bermula di kepala titi Sedim @ Kg Bukit Rawa.Bukannya apa dari Bukit Rawa ni boleh ikut jalan off road ke Lata Sedim,Jadi yang joint kayuhan ni selain Jan Korn dan aku adalah Mie Tengas dan Mat Anip @ Abd Hanif.Hari ni Hanif kayuh mai dari rumah dia di Kg Bakai (Malau) jarak dalam 21km kalau tak silap aku la....warm up awal nampak.
Aku,Mie Tengas dan Jarn Korn baru balik dari kerja shift malam jadi kayuhan kali ni start agak lambat sikit dari kebiasaan, lebih melambatkan lagi keadaan kuda hitam Jan Korn ada sedikit masalah teknikal pulak dah.Roger pi roger mai lastly kami buat keputusan utk tunggu Jan Korn kat Sedim.Lebih kurang dalam jam 9.45am macam tu baru la nampak kontena yang di pandu oleh Jan Korn...lega sikit rasa di hati....siap lebih kurang maka golek tayar lagi lima menet nak pukul sepuluh....nasib baik hari ni cuaca redup saja.Layan saja beberapa keping gambar yang sempat aku dan Jan Korn rakam sepanjang kayuhan kami yang berjarak 21km lebih kurang...untuk Hanif jarak kayuhannya 42km.

Sesi menunggu Jan Korn...ada technical problem sikit pada basikal barunya.

Aku, waktu menuju off road..

permulaan off road...sayup-sayup pemandangan Banjaran Bintang.
Jan Korn bersemangat mendaki dgn gerek barunya.
aksi aku dari kejauhan mendaki...

Hanif,Mie Tengas dan Jan Korn.

Hanif,aku dan Mie Tengas.


Pembinaan chalet2 nie telah menyebabkan berlaku kerosakan kepada jalan off road ni...

macam tak terjaga saja chalet2 ni..

Jan Korn dan Mie Tengas..

aksi Jan Korn di awal pendakian jalan simen..

Hanif berhempas-pulas mendaki halangan yang pertama...




dah sampai ke destinasi yang di tuju Stesen Kayak Sg Sedim..

berehat di pondok stesen kayak sebelum berpatah balik.


bergambar kenangan di atas jambatan berhampiran Kem Rapid Fire.


berhenti minum sebelum berangkat balik.




menumpangkan Mat Hanif ke rumahnya...dah x larat nak kayuh balik..