Friday, December 17, 2010

Kayuh Lasak 2010 "My Gr8 Ride"

Bertarikh 12/12/2010 yang lepas aku,Nazet,Mat Zeli dan Mizivenzo telah mengagahkan diri yang sememangnya tak berapa gagah untuk menyertai jamboree yang ditunggu-tunggu oleh seantero pengayuh MTB iaitu Kayuh Lasak yang dianjurkan oleh team KORT.Tema bagi tahun ini adalah My G8(Great) Ride.Bagi diri aku setelah miss edisi 2007 kerana berada di Ireland dan 2009 kerana registration full ini adalah peluang untuk menguji stamina dan kemampuan diri....Alhamdulillah seperti edisi 2005 dan 2006 aku berjaya menamatkan semua check point dalam masa yang ditetapkan biarpun perit......










































Saturday, December 4, 2010

On Road Ride


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni setelah lebih kurang 3 minggu lebih tak kayuh aku dan Cha'on buat plan kayuh on road.Asalnya nak ikut route long ride journey.....nasib baik tak ikut plan asal hehehe....disebabkan oleh keadaan cuaca yg tak menentu sejak akhir2 ini maka kami ubah plan B...boleh la juga buat training untuk Kayuh Lasak 2010....
Antara rider yang berani menyahut cabaran pada kali ini adalah Mizivenzo,Amir (Adik Nazet),Adik Hakimi (anak abang Kamil),Abang Kamil,Cikgu Din,Nazet dan Zura selain Cha'on dan aku....trek kali ni adalah melalui Sg Kob - Terap -Sg Tengas -Selama Kedah -Selama Perak -Bukit Bertam -Mahang dan ke Sg Kob semula meliputi jarak 81km keseluruhannya.Fuhhhhh...penat gila nak habiskan kayuhan kali ni.....kena kayuh kerap2 sikit utk mantain stamina....Layan dulu gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang kayuhan ini berlangsung....welldone to all..



Jan Korn tak joint hari ni.....jarak dekat sangat katanya.....


Adik Hakimi bersama mentornya Bro Kamil....kecil2 cilipadi...
Bro Nazet bersama adiknya Amir...


Adik Hakimi mengetuai peloton..

Nazet berusaha menarik group di belakang

Cha'on dan Nazet di Hi-Tech ...

Mizivenzo dan Cikgu Din

Bro Kamil
Amir dan adik Hakimi

satu-satunya wakil kaum hawa...Zura


Singgah pekena keropok lekor ...


Bro Kamil dan Adik Hakimi tiba di check point pertama...Kg Terap..


tambah tenaga nasi sepinggan....


Zura baru sampai di 1st check point..


Cha'on dan Cikgu Din di sempadan Kedah dan Perak...