Sunday, May 10, 2009

PENGENALAN


Di apit oleh Mat Zeli dan Man Intel


Kayuh Lasak 2006 Dinner



Kenangan di Giant Causeway Northen Ireland




Changi Airport Singapore





Man dan Shahzaidi di rekreasi arus deras Sg Sedim


Salam kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini.Terima kasih byk2 diucapkan.Blog ini diwujudkan untuk berkongsi keseronokan dan pengalaman aku dalam bidang MTB.Aku mula berkecimpung dgn aktiviti ini selepas menyertai satu pertandingan ala2 eco-challenge yang diadakan di Sedim tidak lama dulu, kalau tak silap aku Cabaran Gunung Bintang 2001.

Basikal MTB pertama aku adalah Kona Roast yang aku beli di Kedai Viper (Bandar Sunway-Seberang Jaya) dari taukey kedai basikal yang tak asing lagi Albert Ozicycle.Selepas itu maka bermulalah xtvt MTB aku.Antara event yang aku dah sertai ialah Kayuh Lasak 2005 dan 2006,SP MTB Jamboree 2007 dan siri MTB GP Series 1(Bkt Langkap) dan 2(To'kun) 2007.Aku bercuti panjang dari ber MTB pada hujung 2007 hingga Nov 2008 kerana bertukar ke JB (MTB tinggal kat Kedah).Waktu kat JB hanya blog2 MTB yang menjadi pengubat rindu aku pada MTB cthnya blog Abg Ramly SP,KOTRT,Baling Bikers dan KHT Bikers.

Pada penghujung tahun 2007 itu jg aku berkesempatan utk berkunjung ke UK (Northen Ireland) selama 2 bulan ++ kerana di hantar oleh majikan.Waktu kat sana aku boleh nampak bagaimana Mat dan Minah Saleh kat sana mengamalkan Bike To Work maklumlah cuaca kt sana memang sesuai dan yang paling mengagumkan aku basikal mereka boleh di parking tanpa di kunci kat luar tempat kerja bayangkanlah kalau basikal Giant dan Specialize kita tinggalkan kt tempat kita macam tu juga.Satu lagi yang buat aku teruja semua penunggang basikal kat sana semuanya memakai helmet (safety first).

Kini aku kembali ke Kedah dan lebih tepat lagi aku telah aktif berMTB semula, first event aku kat sini adalah KHT Mountain Jamboree hari tu tapi aku tak boleh kayuh(kena jadi Marshall) dan Kayuhan Rakan Cop 2009 dan banyak lagi yang akan menyusul..... tungguuuuuu...